Halaman

Pengikut

Sabtu, 26 September 2009

:::Muslimat Tulang Belakang Gerakan Dakwah:::

"Ketokohan Khadijah dijadikan sumber inspirasi dalam perjuangan,
keilmuan Aisyah dijadikan
semangat untuk terus menimba ilmu, kemuliaan Rabiatul Adawiyah
dijadikan contoh untuk kita sentiasa merasai bahawa diri ini hamba
yang lemah dan kesabaran Sumaiyyah dijadikan pedoman untuk kita lebih
kuat menghadapi cabaran dan rintangan. Nantikanlah dunia, srikandi-
srikandi ini akan lahir semula pada abad ini dengan wajah yang baru,
semangat yang baru dan versi yang baru. Kerana kita tahu pranan kita,
maka kita perlu bergerak, kerana kita tahu halatuju kita, maka kita
perlu teruskan perjuangan ini."

- Rafidah Salleh, Timbalan Presiden GAMIS merangkap Penasihat SIGMA



SIGMA : SEBUAH KELAHIRAN


Dahulu, muslimat dipandang malu untuk bersuara dan menyatakan
pendapat,Dahulu, muslimat dilihat tidak berani ke hadapan untuk memacu
perjuangan,Tapi kini, SIGMA mahu melakukan perubahan, mengulangi
sejarah srikandi Islam yang silam.

Ketokohan Khadijah dijadikan sumber inspirasi dalam perjuangan,
keilmuan Aisyah dijadikan semangat untuk terus menimba ilmu, kemuliaan
Rabiatul Adawiyah dijadikan contoh untuk kita sentiasa merasai bahawa
diri ini hamba yang lemah dan kesabaran Sumaiyyah dijadikan pedoman
untuk kita lebih kuat menghadapi cabaran dan rintangan.

Nantikanlah dunia, srikandi-srikandi ini akan lahir semula pada abad
ini dengan wajah yang baru, semangat yang baru dan versi yang baru.
Kerana kita tahu pranan kita, maka kita perlu bergerak, kerana kita
tahu halatuju kita, maka kita perlu teruskan perjuangan ini.

Muslimat muda yang tergolong dalam golongan intelektual perlu lebih
berjiwa besar dan memandang masalah masyarakat pada hari ini adalah
tanggungjawab kita. Idealisma kita sangat didahagai oleh semua untuk
membawa masyarakat ke arah yang lebih baik dan bertamadun dari segi
akhlak dan budayanya.


MUSLIMAT POWER


Slogan keramat ini akan kita pastikan seiring dan sejalan dengan
slogan Student Power yang sering kita laungkan sebelum ini. Namun pada
saat itu, kepemimpinan muslimat ditenggelami dengan kehebatan dan jiwa
besar muslimin. Langsung tenggelam figure-figure muslimat dek
kelantangan dari pihak muslimin.


Nah, dengan semangat slogan ini, kita mendambakan satu perubahan yang
sangat power dari pihak muslimat, agar kita juga mampu untuk
terkehadapan untuk menyuarakan isu dan pendapat bersama-sama dengan
muslimin.


Pandangan masyarakat terhadap kedudukan wanita perlu diperbetulkan.
Penjelasan mengenai hak wanita menurut pandangan Islama perlu
diberikan penjelasan dengan sebaik agar idealisma gerakan-gerakan yang
sering menyalah tafsirkan ayat al-Quran dan hadith ini dapat
diperbetulkan dan dihapuskan. Islam tidak pernah sekali-kali
merendahkan kedudukan wanita, malah Islam telah meletakkan wanita ini
pada tempat yang sangat sesuai dengan jiwa dan kemampuan kita. Inilah
tanggungjawab kita sebagai gerakan muslimat muda. Dengan mengambil
semangat gagasan MP3, laungan slogan MP3 akan sentiasa menemani kita
dalam melakukan perubahan pada masyarakat.


M = MUSLIMAT
P = POWER!
P = POWER!
P = POWER!

SIGMA : BANGKIT MENENTANG FEMINISME LIBERALISME


Wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang paling menarik untuk
dibicarakan, baik dari sudut kecantikannya, penampilannya, peranan dan
tanggungjawabnya, haknya, kebebasannya dan apa jua yang menyangkut
dengan diri wanita, sehingga ada pepatah: ‘baik wanita, baiklah
negara, buruk wanita maka buruklah negara.

Al-Quran dan hadith Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam banyak
menyebut tentang wanita, kepimpinan dan keteladanannya. Islam telah
membela hak dan memuliakan wanita sama dengan kaum lelaki. Islam
memberi hak untuk wanita menuntut ilmu, beramal ibadah, berusaha,
berkhidmat dan berganding bahu bersama kaum lelaki sesuai dengan
aturan dan nilai-nilai murni yang telah digariskan oleh Allah
Subhanahu Wataala.

Pada hari ini, kita dihidangkan dengan pelbagai cabaran yang kadang-
kadang menggugah Islam itu sendiri. Fahaman kebebasan yang dipelopori
oleh wanita barat yang beranggapan bahawa kebebasan itu ialah
kebebasan melakukan apa sahaja mengikut kehendak hawa nafsu mereka.
Fahaman ini telah sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi wanita Islam
dan tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan perjuangan tersebut
yang menuntut kebebasan dan hak yang sama rata dengan kaum lelaki.

Malahan ada yang sanggup mengatakan bahawa agama Islam adalah
penghalang gerakan wanita dalam memanfaatkan potensi mereka bagi usaha
pembangunan.

Atas nama kemajuan dan pemodenan, banyak wanita Islam terus menerima
pemikiran ini dan mempraktikkan budaya dan nilai hidup bebas sehingga
mengabaikan peranan-peranan yang telah dikhususkan kepada mereka dan
mencemarkan nilai kewanitaan yang ada pada mereka.

SIGMA : MERAKYAT PERJUANGAN


Muslimat memiliki peranan besar dalam membentuk masyarakat. Ini kerana
awal pertumbuhan dan perkembangan sesuatu generasi berada di bawah
asuhan dan didikan kita.

Bagaimanapun dalam bidang kepimpinan tertinggi sesuatu bangsa atau
negara, wanita Islam tidak diberikan hak untuk memegang jawatan
tersebut.

Ini bukanlah kerana taraf wanita itu dianggap lebih rendah daripada
lelaki, tetapi kerana wanita secara tabi`inya mempunyai jiwa yang
lembut dan emosi yang mudah mempengaruhi.

Meskipun muslimat tidak boleh memikul beban jawatan yang berat dalam
mentadbir negara (imamat), tidak bermakna kita tidak berupaya memegang
jawatan atau tanggungjawab lain yang tidak kurang pentingnya dalam
membangun bangsa dan negara. Kitalah jurubicara ummah.
Suara-suara muslimat memberikan pendapat dan pandangan di peringkat
nasional mahu pun antarabangsa sudah mula didengar dan kemampuan
wanita menerajui pelbagai profesion telah diperakui dan setanding
dengan kaum lelaki.

Ini membuktikan bahawa wanita juga mempunyai kewibawaan dalam
memberikan sumbangan terhadap pembangunan sesebuah negara.

SIGMA : MEMACU PERUBAHAN
Tinggalkan dahulu kenangan lama kita yang lebih suka bergerak kerja di
belakang tabir kerana pada hari ini kita akan melakukan satu perubahan
dalam gerakan bagi merubah masyarakat.Cukup- cukuplah kita menjadi
pendengar dan penonton kepada gerakan feminisme seperti Sister in
Islam (SIS) yang tegar memperjuangkan ISU gender dan kesamarataan
antara hak wanita dan lelaki.Jati diri wanita Islam yang telah turut
tercalar dengan pengaruh perjuangan gender ala barat ini memerlukan
perhatian masyarakat umat Islam untuk dibanteras sama sekali agar
fahaman dan ideologi ini tidak terus-terusan menyesatkan masyarakat
kita.Maka, Srikandi Gerakan Muslimat Muda perlu bangkit untuk
memainkan peranan dan tangunggjawab kita terhadap masyarakat. Ayuh
muslimat muda, kita lakukan perubahan." - Rafidah Salleh

SIGMA : GERAKAN BERWIBAWA
Dengan semangat kepasukanan yang digembelengkan bersama bisa
melahirkan satu gerakan yang berwibawa dan kental dalam menghadapi
kritikan dan pandangan umum terhadap mahasiswi.Biar tohmahan dan
cacian yang dilemparkan, namun kita akan tetap terus memandang ke
hadapan dan meneruskan langkah perjuangan kerana kita sangat-sangat
diperlukan oleh masyarakat.Abaikan sebentar pandangan rendah mereka
terhadap kita, tapi sahutlah ia sebagai satu cabaran untuk kita lebih
berhati-hati dalam menyusun gerak langkah agar gerakan kita tidak
nampak kalut dan lemah.
Gerakan muslimat muda bukan gerakan yang lemah,
Gerakan muslimat muda bukan gerakan yang pengikut,
Gerakan muslimat muda bukan gerakan yang berjiwa kecil,
Tetapi
Gerakan muslimat muda punya visi dan misi yang jelas,
Gerakan muslimat muda juga mampu menjadi world-class leaders,
Gerakan muslimat muda sentiasa berjiwa besar menuju perubahan,
Maka
Srikandi Gerakan Muslimat Muda ;
Gerakan Berwibawa!

Rafidah binti Salleh,
Timbalan Presiden GAMIS,
Penasihat SIGMA (SRIKANDI GERAKAN MUSLIMAT MUDA)
*Sekarang Ust Rafidah merupakan mantan Timbalan Pres GAMIS*
(Nazira Jiat,2009)

Tiada ulasan:

Catat Komen