Halaman

Pengikut

Selasa, 19 Januari 2010

YA ALLAH



Ya Allah
Berdetik jantungku menyebut nama-Mu
Tenang dan damai dalam kalbuku
Sedingin sinar embun pagi
Indahnya tak dapat ku gambarkan lagi
Lebih tenang dari pantai yang sunyi
Lebih damai dari taman yang wangi

Ingin ku hilang diri
Ingin ku kembali
Walau belum sampai waktunya
Biarlah ketika ini
Saat jari ku dapat menari
Saat jiwaku dapat merasai
Sungguh rindu bagai pencinta sejati

Titisan layu membasahi
Bukan pipi...bukan diri
Tetapi hati yang rindu pada Illahi
Cinta itu takkan hadir
Bahagia itu takkan sempurna
pada diriku
yang runsing dan dukacita
yang lemah dan tak berusaha
yang penakut dan bakhil
yang berhutang dan di tekan orang lain

Cinta.....bahagia
Ingin ku miliki
Cita-cita.....impian
Ingin ku penuhi
Mengajak ku berjuang....berbakti
Meninggalkan kesenangan duniawi
Mengajakku bersendiri
Meninggalkan fitnah menghancurkan diri

Akan tiba waktu itu
Pabila
aku mengenali-Mu
aku mendampingi kalimah-Mu
Pabila hatiku
Mencintai-Mu dan Rasul-Mu
Lebih dari tiap sesuatu

'Ya Allah kami mohon cinta-MU dan
cinta orang yang mencintai-Mu serta
semua amalan yang mendekatkan kami
kepada cinta-Mu'

'Ya Allah lindungilah kami dari
kerunsingan dan dukacita,lindungilah
kami dari kelemahan dan
kemalasan,lindungilah kami dari
penakut dan kedekut,lindungilah kami
dari hutang yang banyak dan di tekan
oleh orang lain'

Perkenankanlah Ya Allah doa kami dan
terimalah amalan kami,Sesunguhnya
Engkau Maha Pemberi.

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA



1)Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita...
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah
yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah
kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau
Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita...
Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

TM HEWI 1


Assalamualaikum w.b.t.
'Kita bukan pemula dan bukan juga pengakhir kepada perjuangan Rasulullah. Kita hanyalah penyambung mata rantai perjuangan baginda'.
HEWI PMIUTM pada kali ini mengharapkan agar program TM HEWI 1 yang julung kalinya dijalankan pada sesi kepimpinan baru ini dapat terkesan di hati kalian. ' Wanita : Antara kaca, permata dan airmata' sememangnya tajuk yang penuh dengan 1001 macam simboliknya. Apakah itu wanita dari segi kaca atau permata dan bagaimana pula wanita itu dengan airmatanya?
InsyaAllah Teman Muhasabah anda (HEWI PMIUTM) pada kali pertama ini akan menjemput Ustazah Naemah selaku pensyarah di Fakulti PPIPS UTM untuk mengupas semasak-masaknya mengenai tajuk yang telah dipilih. InsyaAllah, TM HEWI ini akan di teruskan untuk beberapa siri pada masa akan datang yang sememangnya akan mengupas tajuk - tajuk yang menarik dan terkini yang sering menjadi tanda tanya bukan sahaja pada kaum Hawa, malah kaum Adamnya juga. Selain mendengar input berguna, kita juga insyaAllah akan dihidangkan dengan beberapa buah nasyid pilihan khasnya dari kumpulan nasyid HEWI PMIUTM iaitu 'Hurul Ain'. Sambil kita membersihkan hati dengan input berguna, sambil kita berhibur dengan cara yang betul.."HATI INI MILIK ALLAH; DICIPTAKAN OLEH ALLAH UNTUK MENCINTAI ALLAH"