Assalamualaikum w.b.t.
'Kita bukan pemula dan bukan juga pengakhir kepada perjuangan Rasulullah. Kita hanyalah penyambung mata rantai perjuangan baginda'.
HEWI PMIUTM pada kali ini mengharapkan agar program TM HEWI 1 yang julung kalinya dijalankan pada sesi kepimpinan baru ini dapat terkesan di hati kalian. ' Wanita : Antara kaca, permata dan airmata' sememangnya tajuk yang penuh dengan 1001 macam simboliknya. Apakah itu wanita dari segi kaca atau permata dan bagaimana pula wanita itu dengan airmatanya?
InsyaAllah Teman Muhasabah anda (HEWI PMIUTM) pada kali pertama ini akan menjemput Ustazah Naemah selaku pensyarah di Fakulti PPIPS UTM untuk mengupas semasak-masaknya mengenai tajuk yang telah dipilih. InsyaAllah, TM HEWI ini akan di teruskan untuk beberapa siri pada masa akan datang yang sememangnya akan mengupas tajuk - tajuk yang menarik dan terkini yang sering menjadi tanda tanya bukan sahaja pada kaum Hawa, malah kaum Adamnya juga. Selain mendengar input berguna, kita juga insyaAllah akan dihidangkan dengan beberapa buah nasyid pilihan khasnya dari kumpulan nasyid HEWI PMIUTM iaitu 'Hurul Ain'. Sambil kita membersihkan hati dengan input berguna, sambil kita berhibur dengan cara yang betul.."HATI INI MILIK ALLAH; DICIPTAKAN OLEH ALLAH UNTUK MENCINTAI ALLAH"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan