Objektif program ini dilaksanakan untuk memenuhi keperluan mahasiswi dalam mendepani cabaran global di samping melengkapkan mahasiswi dengan kefahaman dan kesedaran jelas tentang Islam dan peranan wanita dalam menjana pembangunan Islam, menjadikan wanita tidak ketinggalan dalam budaya penghayatan ilmu serta arus hal ehwal semasa.

Antara suasana program yang sempat dirakamkan :
Program TMHEWI diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari kumpulan 'Hurul Ain' di hujung program.
Diharapkan program Teman Muhasabah HEWI ini akan berjalan dengan lebih lancar pada kali yang akan datang. Tunggu kemunculan TMHEWI kali kedua di bulan Ramadhan nanti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan