Teman Muhasabah HEWI adalah salah satu program berkala Hewi yang diadakan setiap tengahari hari Jumaat bagi memberi pengisian kepada mahasiswi UTM. Program ini secara tidak langsung menjadi titik pertemuan di antara mahasiswi seminggu sekali sekaligus merapatkan dan menguatkan ukhuwah. Alhamdulillah, segala puji bg Allah yang telah mempermudahkan keberlangsungan TMHEWI 3 baru-baru ini.
Objektif program ini dilaksanakan untuk memenuhi keperluan mahasiswi dalam mendepani cabaran global di samping melengkapkan mahasiswi dengan kefahaman dan kesedaran jelas tentang Islam dan peranan wanita dalam menjana pembangunan Islam, menjadikan wanita tidak ketinggalan dalam budaya penghayatan ilmu serta arus hal ehwal semasa.
Tajuk yang dipilih pada TMHEWI 3 adalah Aku Terima Nikahnya..? yang telah disampaikan oleh Ustazah Naemah telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para siswi dan juga staf. Isu yang dibincangkan pada kali ini begitu menarik perhatian para peserta seramai 100 orang yang telah menghadiri program.
Antara suasana program yang sempat dirakamkan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan