Halaman

Pengikut

Selasa, 15 Februari 2011

Mutiara Srikandi ~ TM HEWI | Wanita ; Antara Cita-cita & Air Mata

Pada hari Jumaat bersamaan 11 Februari 2011 Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI PMI) dengan kerjasama Unit Pendidikan dan HELWA Pusat Islam UTM telah mengadakan ceramah yang bertajuk "Wanita Antara Cita-cita dan Air Mata". Ceramah ini disampaikan oleh Ummu Solihin yang merupakan penulis blog Anakku Soleh.com.

Cita-cita, cinta dan air mata adalah perkara yang selalu bermain dalam kehidupan seorang wanita.Perkara ini diketengahkan oleh penceramah dari sudut cinta kepada ALLAH.Kita dapat lihat di awal zaman Islam, penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab bermula dengan usaha gigih para sahabat dan ahli keluarga Rasulullah. Sebagai contoh, Saidatina Khadijah menginfakkan seluruh hartanya sewaktu pemulauan Bani hashim. Selain itu, Saidina Abu Bakar As-Siddiq menyerahkan hartanya untuk Islam sehingga tidak ada yang tinggal untuk keluarganya melainkan ALLAH dan Rasul.

Semua perkara ini tidak dapat dilakukan jika tidak ada cinta kepada ALLAH di dalam diri kerana hakikat kejayaan seseorang manusia hanya pada AGAMA iaitu apabila apa yang yang dilakukan kerana ALLAH dan Rasul. Seterusnya, kejayaan bukan sahaja diukur pada pandangan zahir semata-mata kerana sebagai seorang muslim kita bukan sahaja mengejar kejayaan di dunia tapi juga kejayaan di akhirat yang hakiki.

Sebagai seorang muslim kita harus sedar bahawa hakikat cinta apabila kita yakin pada kalimah "LAILAHAILLALLAH ". Bagaimana kita hendak menyakinkan diri dengan kalimah ini antaranya dengan melihat dan menyebut kebesaran ALLAH. Ummu Solihin telah menggunakan analogi air hujan bagi memudahkan pemahaman mahasiswi. Dari sudut sains, air hujan bermula dari wap-wap air laut yang naik dan berkumpul menjadi kelompok-kelompok awan dan menghasilkan hujan. Persoalannya disini, mengapa air hujan tidak masin sedangkan ia terhasil dari air laut yang masin? Selain itu, matahari yang terbit dari timur ke barat dan tidak pernah lewat walau sesaat. Semua persoalan ini dilontarkan oleh penceramah supaya hadirin dapat berfikir sejenak tentang kebesaran ALLAH s.w.t.

Antara yang sempat dirakamkan :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan