Halaman

Pengikut

Khamis, 20 Mei 2010

TM HEWI berjaya!

Teman Muhasabah HEWI adalah salah satu program berkala Hewi yang diadakan setiap tengahari hari Jumaat bagi memberi pengisian kepada mahasiswi UTM. Program ini secara tidak langsung menjadi titik pertemuan di antara mahasiswi seminggu sekali sekaligus merapatkan dan menguatkan ukhuwah. Alhamdulillah, segala puji bg Allah yang telah mempermudahkan keberlangsungan TMHEWI 3 baru-baru ini.

Objektif program ini dilaksanakan untuk m
emenuhi keperluan mahasiswi dalam mendepani cabaran global di samping melengkapkan mahasiswi dengan kefahaman dan kesedaran jelas tentang Islam dan peranan wanita dalam menjana pembangunan Islam, menjadikan wanita tidak ketinggalan dalam budaya penghayatan ilmu serta arus hal ehwal semasa.

Tajuk yang dipilih pada TMHEWI 3 adalah Aku Terima Nikahnya..? yang telah disampaikan oleh Ustazah Naemah telah me
ndapat sambutan yang menggalakkan daripada para siswi dan juga staf. Isu yang dibincangkan pada kali ini begitu menarik perhatian para peserta seramai 100 orang yang telah menghadiri program.

Antara suasana program yang sempat dirakamkan :


Rabu, 19 Mei 2010

SOLEHAH

Bismillahirrahmanirrahim....

Perkongsian bersama sahabat2 yang dikasihi sekalian..

[klik utk paparan yg lebih besar]





Khamis, 13 Mei 2010

WAHAI PUTERIKU SAYANG.........


WAHAI PUTERIKU SAYANG.........
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

WAHAI PUTERIKU SAYANG.........
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

WAHAI PUTERIKU SAYANG.........
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

WAHAI PUTERIKU SAYANG.........
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

WAHAI PUTERIKU SAYANG.........
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

WAHAI PUTERIKU SAYANG.........
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.

Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........