Halaman

Pengikut

Khamis, 24 Mac 2011

Bas Khas Mahasiswi Wajar Dilaksanakan


Skudai, 21 Mac : Naib Presiden II PMIUTM, Saudari Sutriana Babu mencadangkan agar perkhidmatan bas khas untuk mahasiswi disediakan di kampus UTM JB.

"Pihak pentadbiran wajar mempertimbangkan untuk menyediakan bas khas untuk mahasiswi" nyata Sutriana.

Cadangan dibuat setelah menerima aduan daripada mahasiswi yang kurang selesa dengan situasi di dalam bas.

"Sebelum ini, kita ada terima aduan daripada mahasiswi tentang ketidakselesaan mereka apabila mahasiswa bukan muhrim duduk berhampiran mereka di dalam bas terutama apabila bas penuh" jelas beliau lagi.

Matlamat bas berasaskan gender ujar beliau adalah untuk memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang daripada kalangan mahasiswi daripada risiko gangguan dalam keadaan bersesak-sesak.

Mutiara Srikandi ~ TM HEWI | Real Muslimat ; Anggun, Bijak & Solehah


Teman Muhasabah HEWI sekali lagi diadakan pada 25 Februari yang lalu di Dewan Al Ghazali, Masjid Sultan Ismail. "Real Muslimat ; Anggun, Bijak & Solehah" menjadi judul ceramah Ustazah Naemah Bt Hamzah, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UTM. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran 80 orang sahabat mahasiswi.

“Real muslimat”, slogan yang sentiasa disebut-sebut oleh siswi umumnya dan PMI khususnya akhir-akhir ini. Gagasan ini pada mulanya dibawa oleh mantan pengerusi HEWI PMI iaitu saudari Saidatun Nor dan sekarang ianya diketengahkan dan diteruskan oleh pimpinan sekarang. Di sini penulis ingin berkongsi apa yang dimaksudkan dengan REAL MUSLIMAT tersebut.


Solehah : sahabat-sahabat faham apa makna solehah? Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja iaitu

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

2. Taat kepada suami


1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal & kecantikkan serta rumah tangga

Nah, ini dia syarat-syarat untuk menjadi wanita solehah. Tetapi di sini saya ingin tekankan berkenaan dengan berberapa perkara asas iaitu untuk menjadi solehah. Wajib seorang muslimah itu bertaqwa dan tidak boleh melakukan maksiat, selalu berzikir dan juga Allah perlu sentiasa disyukuri dan tidak boleh dikufuri. Elemen ini adalah merupakan asas bagi menuju solehah. (Naemah Hamzah, 2011)

Sahabat-sahabat boleh rujuk surah Al- Imran: 102 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-NYa dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.”

Sebenarnya banyak lagi ayat al Quran yang menyebut berkenaan dengan taqwa. Disini dapat kita lihat bahawa taqwa adalah merupakan sesuatu yang amat penting, kerana itu ianya disebut secara berulang-ulang di dalam al Quran supaya manusia memahami dan jelas berkenaan dengan taqwa. Untuk menuju solehah, wanita juga perlu sentiasa berzikir kepada Allah dan jadikan setiap masa kita leka dengan mengingati Allah dengan menyebut asma’nya. Terdapat banyak jenis zikir yang boleh diamalkan kita seharian dan lebih baik jika kita mampu memahami maknanya supaya kita dapat menghayati maksudnya, cumanya terpulang kepada iman kita untuk mengamalkan zikir-zikir memuji Allah ini.

Faktor yang Merendahkan Martabat Wanita

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah datang dari faktor dalam. Bukanlah faktor luar atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugasan dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika banyak wanita yang tidak menyadari bahwa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jatsiyah, ayat 23 :

"Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda.

Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am :

"Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh karena itu tidakkah kamu berfikir."

3) Mudah terpedaya dengan syahwat
4) Lemah iman
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Anggun & Bijak

Di sini saya telah menerangkan serba sedikit berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan solehah. Anggun dan bijak pula bagaiamana ya?


Anggun dan bijak yang dimaksudkan di sini bukanlah semata-mata cantik di luaran tetapi apa yang cuba diperketengahkan adalah anggun dari segi pakaian, akhlak di mana wanita itu pandai untuk membawa diri sebagai seorang muslimah yang baik dan sopan, bijak membuat keputusan, berani, dan juga Berjaya dari sudut akademik. Pakaian sebenarnya bagi seorang muslimah adalah menutup aurat keseluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. Sebenarnya anggun dan bijak ini tidak lari dari solehah dimana untuk menjadi anggun, perlu berpakaian seperti yang digariskan oleh Al-quran dan as sunnah dan begitu juga dengan akhlak kita sebagai muslimah. Beratkah? insyaAllah tidak. Allah meletakkan sesuatu sesuai dengan kemampuan kita.

Mungkin penulis boleh ceritakan sedikit pengalaman sewaktu berada di UTMKL dulu di mana penulis pada mulanya bukanlah seorang yang terlalu baik dan tidak sepenuhnya menutup aurat, tetapi setelah mendapat kesedaran daripada seorang kakak naqibah. Penulis mula memahami bahawa menutup aurat itu bukanlah semata-mata memakai tudung tetapi juga termasuk memakai stokin. Pada mulanya, agak berasa ganjil untuk memulakan kerana tidak biasa dan melihat orang lain di sekeliling tidak memakai stoking, tetapi setelah dikuatkan azam untuk melakukannya, penulis tekad dan Alhamdulillah, berjaya istiqamah sehingga sekarang. Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan nikmat islam yang Allah berikan ini.

Segala-galanya telah Allah gariskan kepada kita. Oleh itu, pertingkatkan nilai diri kita di sisi manusia dan yang terpenting adalah memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Segala-galanya akan menjadi baik dan mudah. Cubalah!




Nor Laila Suria Bt Ahmad Sukadi
Bendahari Agung Persatuan Mahasiswa Islam UTM
2 SPH

Mutiara Srikandi ~ TM HEWI | I Love You Before I Met You

Teman Muhasabah HEWI seterusnya untuk sem ini telah pun diadakan pada 18 Februari yang lalu di Dewan Al Ghazali, Masjid Sultan Ismail. Dengan tajuknya, " I Love You Before I Met You" yang disampaikan oleh saudari Ame Husna, Pegawai Pusat Kaunseling & Kerjaya serta diserikan lagi dengan kehadiran 70 orang sahabat mahasiswi.

Antara yang sempat dirakamkan oleh lensa kami ;