Halaman

Pengikut

Rabu, 25 November 2009

Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail


Antara sejarah yang menjadi tumpuan zaman Nabi Ibrahim adalah peristiwa beliau menyembelih anaknya yang pertama iaitu Nabi Ismail. Nabi Ismail lahir ketika Nabi Ibrahim berumur 86 tahun. Apabila Nabi Ibrahim menerima wahyu supaya menyembelih Nabi Ismail, beliau terus menceritakan kepada anaknya itu. Anaknya tidak membantah bhkan setuju dengan perintah itu.


Ketika hendak menyembelih, Nabi Ibrahim menyuruh Nabi Ismail meletakkan dahinya di atas tanah supaya tidak kelihatan wajahnya sewaktu penyembelihan, namun apabila Nabi Ibrahim melalukan pisau pada leher Nabi Ismail, terdapat suatu bulatan tembaga menghalang pisau itu daripada menghiris kulit Nabi Ismail pada ketika ini, Allah mengatakan yang beliau sudah melaksanakan perintahnya. Ganjaran daripada tindakan itu, beliau diarahkan supaya menyembelih seekor kambing gurun yang dijumpai terikat di sebuah pokok berdiri di Mekah bagi menggantikan penyembelihan Nabi Ismail.


Namun kita dapati dakwaan orang-orang Yahudi yang mengatakan bukan Nabi Ismail yang disembelih tetapi Nabi Ishak disebabkan oleh keturunan yang dibawa oleh kedua-dua orang nabi ini. Keturunan Nabi Ismail adalah bangsa arab dan salasilahnya berjumpa dengan Nabi Muhammad. Manakala keturunan Nabi Ishak pula adalah kaum Yahudi melalui anaknya yang bernama (Nabi) Yaakub, dan bangsa Rom pula melalui anaknya yang bernama ‘Ais atau ‘Aisoo. Maka kaumYahudi memutarbelitkan fakta sejarah dalam konteks ini supaya kemuliaan dan keagungan peristiwa penyembelihan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim kepada anaknya itu disandarkan kepada Nabi Ishak hingga mereka menumpang kemuliaan ini daripada ditujukan kepada bangsa arab.


Terdapat beberapa hujah yang menyatakan penyembelihan itu adalah kepada Nabi Ismail dan bukan Nabi Ishak, namun di sini penulis(Afareez Abd Razak Al-Hafiz) hanya membentangkan 4 sahaja:

1. Peristiwa penyembelihan itu berlaku di Mekah dan hanya Nabi Ismail sahaja yang berada di tempat itu, sedangkan Nabi Ishak tidak pernah menziarahi Mekah pada usia mudanya.
2. Allah mengarahkan penyembelihan Nabi Ismail sebelum member berita gembira mengenai kelahiran nabi Ishak. Bagaimana Allah boleh menyuruh menyembelih anaknya yang belum lahir? Apa faedahnya Nabi Ibrahim mendapat berita gembira mengenai kelahiran seorang anak (Nabi Ishak) dengan persediaan bagi menyembelihnya?
3. Di dalam Al-Quran, Surah Hud ayat 71 menunjukkan yang Allah meberikan berita gembira mengenai kelahiran Nabi Ishak dan selepasnya Nabi Yaakub. Ini bermakna Allah sejak awal lagi menyebut mengenai cucu Nabi Ibrahim. Bagaimana pula seseorang itu mendapat cucu daripada anak itu sedangkan sudah ada perintah bagi menyembelihnya?
4. Dalam penulisan Genesis menyatakan yang Nabi Ibrahim mendapat arahan penyembelihan bagi dilaksanakan kepada satu-satunya anak lelaki beliau. Ini menunjukkan anak lelaki itu adalah Nabi Ismail kerana beliau adalah satu-satunya anak lelaki Nabi Ibrahim hingga kelahiran Nabi Ishak.Sekiranya dikatakan Nabi Ishak yang disembelih, beliau adalah anak
lelaki kedua Nabi Ibrahim. Maka bukanlah satu-satunya anak lelakinya kerana pada ketika ini Nabi Ibrahim sudah mempunyai dua orang anak lelaki.Mereka yang berhujah menyatakan Nabi Ishak adalah satu-satunya anak Nabi Ibrahim adalah berdasarkan kenyataan bahawasanya Nabi Ismai dilahirkan oleh Siti Hajar iaitu seorang hamba. Maka kononnya ini
bukanlah anak yang rasmi.


Disebabkan itu,sekiranya kita teliti mengapa terdapat kisah sejarah yang Allah beritakan kepada kita dan ada pula yang tidak diberitakan kepada kita di dalam Al-Quran, kita dapati yang kisah-kisah sejarah sudah dicatat dalam cacatan ahli kitab dan banyak persamaan dengan versi Islam. Namun terdapat terdapat beberapa isu yang diputarbelitkan oleh meeka demi kepentingan peribadi dan puak mereka sendiri. Maka diubah ataupun ditokok tambah mana yang perlu. Putar belit mereka ini Allah dedahkan di dalam Al-Quran. Contohnya peristiwa penyembelihan Nabi Ismail serta peristiwa salib yang didakwa Nabi Isa dan lain-lain lagi.

Petikan dari buku Benarkan Iskandar Bukan Zulqarnain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan