Halaman

Pengikut

Sabtu, 31 Mac 2012

FESYEN TUDUNG: KEPERLUAN ATAU KEHENDAK





Berikut merupakan tajuk Mutiara Srikandi yang dijalankan seperti biasa di Dewan Al-Ghazali, MSI, UTM pada setiap hari Jumaat.. Program ini adalah untuk muslimat sahaja kerana waktu program adalah bersamaan waktu Solat Jumaat..

Berikutan tajuk ini, sempatlah saya merakamkan dalam ingatan beberapa isi penting untuk diketengahkan..

Yang pertama tentulah dalil dan hadith berkaitan menutup aurat..

1) Boleh rujuk surah An-Nur, ayat ke 31..
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
*Tapi isi penting yang ingin diketengahkan ialah:
"Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”.
(surah An-Nur: 31)
Huraian:
Jelas sekali tuntutan dalam menutup aurat itu adalah salah satunya melabuhkan tudung hingga melepasi dada.. Namun, sebaik-baiknya tudung itu labuh hingga ke paras pusat dan seimbang depan dan belakang.. Maksudnya, kalau depan dah labuh, belakang juga haruslah labuh dan pendapat para ulama', sebaik-baiknya labuh di belakang melebihi paras punggung, serta labuh sedikit di bahagian bahu..

2) Boleh rujuk Hadith Riwayat Muslim dari Abu Hurairah..
"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."
(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)
Huraian:
Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah berkenaan sanggul rambut yang kini menjadi trend seakan-akan penonjolan sanggul itu sudah menjadi perkara biasa.. Sedangkan dalam hadith di atas jelas menerangkan bahawa mereka yang menonjolkan sanggul seperti bonggol itu tidak akan dapat masuk ke syurga, mahupun sekadar mencium baunya..

Jadi, apa yang dapat saya rumuskan berkaitan topik ini ialah kena rujuk balik niat kita bertudung itu.. Adakah kita bertudung itu untuk menutup aurat kerana Allah? Atau adakah ianya kerana manusia.. Na'uzubillah.. Kadang-kadang niat kita tanpa sedar telah terpesong dan perkara yang kita lakukan hanyalah kerana manusia.. Berfesyen itu tidak salah, asalkan ianya memenuhi syariat dan niat terus istiqamah kerana Allah.. Bertudung jika niat semata-mata untuk berfesyen, sedikit sebanyak menimbulkan perasaan riak dan kadangkala menjadikan kita obses dengan trend semasa dan akhirnya lupa bahawa tuntutan yang sebenar ialah menutup aurat sehinggakan boleh menjadi tabarruj ataupun berlebih-lebihan..

Bolehkah Menyerupai Rahib Kristian?

Satu topik yang saya kira agakmenarik untuk dikupas.. Antara hadith berkaitan ialah:
"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, ia dari kaum tersebut."
(Hadith Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu Umar)
Huraian:
Menurut Imam Ibnu Kathir, hadith ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk umat Islam..
*Ada dua pendapat, yang pertama mengatakan langsung tidak boleh memakai tudung yang menyerupai rahib.. Pendapat yang kedua mengatakan boleh asalkan aqidah kita tetap teguh tanpa tergugat sedikitpun.. Namun pendapat saya, pilihlah yang mana dapat menyelamatkan diri kita daripada kemungkaran..

Ciri-ciri menyerupai sesuatu kaum yang lain:
1) Merayakan perayaan mereka (Sahih Muslim, no: 892)
2) Meniru budaya mereka
3) Meniru sesuatu perkara seperti simbol agama mereka (contoh: memakai salib)


Ahad, 25 Mac 2012

Mengenal Shahabiah Nabi SAW

ASMA BINTI YAZID AL ASYAHALIYYAH



Seorang mujahidah tegar yang bergelar Khothibatun Nisa (Jurucakap wanita : wanita yang pandai berpidato). Kuniyah (panggilan) nya adalah Ummi Amiral-Ausiyah al Asyhaliyah. Beliau merupakan anak sedara  Mu’adz bin Jabal. Dia telah berbai’at kepada Rasulullah Saw. Asma binti Yazid bin Sakan bertanya banyak masalah kepada Rasulullah Saw. Susuk tubuh yang begitu cerdas sebagai seorang muslimah Ahli Hadits. Memiliki kepribadian yang kuat dan tidak malu untuk menanyakan sesuatu kepada Rasulullah SAW. Dia adalah wanita berani yang ikut berperang dan sembilan orang tentara Romawi dalam perang Yarmuk setelah tahun 13 Hijriyah. Dalam perang tersebut, 'Asma binti Yazid menyertai kaum Muslimin bersama wanita Mukminat lain berada di belakang para mujahidin mempersiapkan senjata, memberikan minum dan mengubati yang terluka serta menaikkan semangat juang kaum Muslimin.


Beliau sering bertanya tentang persoalan-persoalan yang menjadikan ia faham dalam urusan agama. Beliau jaga mewakili wanita lain untuk bertanya kepada Rasulullah SAW tentang tata cara thaharah bagi wanita yang selesai haidh. Beliau memiliki kepribadian yang kuat dan tidak malu menanyakan sesuatu yang haq. Oleh karena itulah Ibnu Abdil Barr berkata “Beliau adalah seorang wanita yang cerdas dan bagus agamanya”. 


Beliau dipercaya oleh kaum muslimah sebagai wakil mereka untuk berbicara dengan Rasulullah SAW tentang persoalan persoalan yang mereka hadapi. Pada suatu ketika Asma` mendatangi Rasulullah SAW dan bertanya “Wahai Rasulullah , sesungguhnya saya adalah utusan bagi seluruh wanita muslimah di belakangku, seluruhnya mengatakan sebagaimana yang aku katakan dan seluruhnya berpendapat sesuai dengan pendapatku. Sesungguhnya Allah Ta`ala mengutusmu bagi seluruh laki-laki dan wanita, kemudian kami beriman kepadamu dan membai`atmu. Adapun kami para wanita terkurung dan terbatas gerak langkah kami. Kami menjadi penyangga rumah tangga kaum lelaki, dan kami adalah tempat melampiaskan syahwat mereka, kamilah yang mengandung anak-anak mereka, akan tetapi kaum lelaki mendapat keutamaan melebihi kami dengan shalat jum`at, mengantar jenazah dan berjihad. Apabila mereka keluar untuk berjihad kamilah yang menjaga harta mereka, yang mendidik anak-anak mereka, maka apakah kami juga mendapat pahala sebagaimana yang mereka dapat dengan amalan mereka?”.


Mendengar pertanyaan tersebut, Rasulullah SAW menoleh kepada para sahabat dan bersabda : “Pernahkah kalian mendengar pertanyaan seorang wanita tentang agama yang lebih baik dari apa yang dia tanyakan?”. Para sahabat menjawab, “Benar, kami belum pernah mendengarnya ya Rasulullah!”.


Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah wahai Asma` dan beritahukanlah kepada para wanita yang berada di belakangmu bahwa perlakuan baik salah seorang diantara mereka kepada suaminya, dan meminta keridhaan suaminya, mengikuti (patuh terhadap) apa yang ia disetujuinya, itu semua setimpal dengan seluruh amal yang kamu sebutkan yang dikerjakan oleh kaum lelaki”. Maka kembalilah Asma` sambil bertahlil dan bertakbir merasa gembira dengan apa disabdakan Rasuslullah SAW.

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” 
(QS Ali Imran 3: 110)

“Orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” 
(QS At-Taubah : 71)


Melayari dan meresapi perjuangan seorang 'Asma binti yazid tentunya memberikan suatu ghirah bagi diri muslimah untuk terus berjuang dan memberikan yang terbaik bagi ISLAM. Tidak lantas menyerah dan merasa terbatas gerak langkah oleh fitnah dirinya. Lantas semangat juang 'Asma binti Yazid hendaknya terpahat dengan indah di setiap bongkahan jiwa para muslimah. Yang menjadikan mereka seperti melati, meski tampak tak bermakna. Sebab ia ‘kan tebar harum wangian tanpa meminta balasan. Sebab ia begitu putih, seolah tanpa cacat. Sebab ia tak takut hadapi angin dengan mungil tubuhnya. Sebab ia tak ragu hadapi hujan yang membuatnya basah. Sebab ia tak pernah iri melihat mawar yang merekah segar. Sebab ia tak pernah malu pada bunga matahari yang menjulang tinggi. Sebab ia tak pernah rendah diri pada anggrek yang anggun. Sebab ia tak pernah dengki pada tulip yang berwarna-warni. Sebab ia tak gentar layu kerana memahami hakikat hidupnya.

Ya Allah, berilah kemudahan kepada muslimah kami supaya mereka mampu meneladani wanita-wanita mulia salafus soleh serta menjadi muslimah-muslimah yang benar-benar mempunyai keunggulan dan menjadi contoh tauladan kepada wanita-wanita lain.

Kepada srikandi yang disayangi,
1.      Usahlah gentar untuk kamu bertanyakan tentang agama
2.      Beranikan diri untuk menyatakan kebenaran, kalau boleh kusai imlu berpidato
3.      Berpegang teguh dengan pendirian kamu
4.      Jadilah mawar berduri yang tampak indah, namur tegaslah dengan pendirian kamu sebagai seorang muslimah solehah.


Waallahu’alam bishawwab


Diambil dari buku Mengenal Shahabiah Nabi SAW dengan sedikit perubahan..

 p/s: hasil nurkilan saudari Nor Ashrah (Mencari keredhaMU - FB)

Jumaat, 23 Mac 2012

.....Parajurit Islamiyyah.....

Duhai Allah…
Buat Tuhan, dia dan kalamNYA …..

Sungguh Engkau Miliki Hati Ini..,

Hati Seorang Wanita Ini
Yang Rapuh,
Yang Lemah,
Yang Mengharap,
Pautlah Cintaku PadaMu,
Wahai Allah,KEKASIH ku,
Pautlah Diri Dan Hati Ini PadaMu,
Jangan KEKASIH ku,Engkau Melepaskan Diri Ini,
Walau Sesaat,
Wahai Allah,
Engkau KEKASIHku,
Basahilah Lidahku Dengan KalamMu,
Ayat-AyatMu Yang Bisa Memujuk,
Dalam Diam Engkau
Menghiburkan Ku,
Wahai Tuhan,
Engkau Telah Menghadiahkan cinta Ini,
Peliharalah Diriku Untuk CINTA Ini,
Usai Dilalaikan cinta Ini,
Wahai KEKASIH Utamaku,
Andai Ini Menjadi Kelalaianku,
Tegurilah aku Dengan Kalimahmu,
Dengan Ketundukan Sujudku,
Wahai Allah,Ini Kias CINTA Untuk Mu
Peliharalah Diriku Untuk Menggapai
CINTA Yang Lebih Dari cinta Ini

- Nurkilan, insan bernama Soleha- 

Mutiara Srikandi 'Kerana Dirimu begitu berharga"

s
Assalamualaikum wbt... sahabat2 sekalian, alhamdulillah pada hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari, Hewi PMI dengan kerjasama Pusat ISlam telah menganjurkan talk buat wanita.. alhamdulillah

Keadaan sebelum majlis bermula 

 siswi2, wanita berharga saling berkongsi pengalaman "erm apa agaknya mereka bualkan? " ^_^

"sedih ke?" gurau je... terharu mungkin sebab diberi peluang bersama mendengar kuliah ilmu,

 MC adalah saudari Amirah Fitriah (Setiausaha HEWI 2012/2013)

bacaan doa oleh srikandi Syafiqah HAdi

 Pengisian disampaikan oleh Ustazah Naemah Binti Hamzah, beloved person ^_^

dan last sekali ditutup dengan sedikit maklumat berkenaan 'kempen Palestin.. dari kelab Iqra' UTM"

Isnin, 19 Mac 2012

7 sikap wanita melalui cara berjalan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan berolehkebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.